Ops Gempur Teknikal: 104 tindakan diambil JPJ Perak bagi kenderaan berat guna tayar tak selamat

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak telah mengambil sebanyak 104 tindakan berhubung kesalahan kenderaan berat menggunakan tayar tidak selamat sepanjang operasi gempur teknikal di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di negeri ini bermula 26 Disember lalu.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 583 tindakan dilakukan sepanjang operasi enam hari itu.

Ujarnya, kesalahan terbanyak dikesan adalah berkaitan tayar botak yang boleh menyebabkan kemalangan, disusuli ekzos, lampu dan pengubahsuaian.

“Sepanjang operasi dilaksanakan sepanjang enam hari, sebanyak 583 tindakan diambil membabitkan 381 saman dan 202 notis dikeluarkan.

“Kita (JPJ) juga kesal susulan ada tindakan syarikat tertentu yang mengiklankan secara terbuka di media sosial menawarkan ‘ejen kosmetik’ termasuk ‘sewa tayar’ untuk lulus pemeriksaan di Puspakom.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan masyarakat perlu melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Sekiranya dibiarkan, boleh mengundang bahaya kepada nyawa orang lain jika berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Operasi Ambang Tahun Baharu di sini, malam Selasa.

Dalam operasi yang turut melibatkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu, sebanyak 594 kenderaan diperiksa.

Ujar Mohammad Yusoff, 198 notis dikeluarkan, dengan 13 kenderaan iaitu 11 motosikal dan dua kereta disita.

“AADK juga turut mengesan dua pengguna jalan raya di bawah pengaruh dadah menerusi saringan air kencing ke atas 10 individu,” ujarnya lagi.

Sementara itu, apabila menjawab berkaitan bidang kuasa JPJ ke atas syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewa tayar, beliau menjelaskan, pihaknya akan mengemukakan isu itu ke pihak atasan bagi kajian menyeluruh.

“Berhubung dengan tindakan terhadap perkara ini, kita kena kaji kerana saya tidak mahu melangkaui bidang kuasa atau di panggil ‘ultra vires’.

“Kita akan berbincang semula dan bawa ke pihak atasan untuk tahu tindakan sesuai yang boleh diambil,” jelas beliau.

Related Posts

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

SEMPORNA – 15 individu termasuk pelancong selamat selepas terlibat dalam insiden perlanggaran dua bot di kawasan perairan berhampiran Floating Resort dan Jeti Umum Semporna, pada Khamis. Pemangku Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sejumlah RM34.2 juta bagi pelaksanaan lapan projek pembangunan utama di bandar Sandakan untuk tahun 2025. Ia meliputi bidang pengurusan sisa pepejal,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas