Zii Jia terus langkah ke separuh akhir

KUALA LUMPUR – Lee Zii Jia memerlukan dua set dan 53 minit sebelum menempah tiket ke separuh akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 di Paris, awal pagi tadi.

Pemain profesional negara mengejutkan pilihan keempat temasya, Anders Antonsen dari Denmark 21-17, 21-15 pada aksi suku akhir di Porte de La Chapelle Arena yang bergema dengan sorakan penyokong kedua-dua negara.

Zii Jia, pemain pilihan ketujuh, bermula garang dengan corak serangan pantas yang memerangkap lawannya beberapa kali terutama permainan di jaring yang kemas dan jarang sekali melakukan kesilapan.

Pemain berusia 25 tahun itu mendahului 11-8 pada set pertama sebelum menamatkan set itu dengan pukulan smash bertalu-talu yang akhirnya gagal dibalas Antonsen dan berakhir dalam tempoh 26 minit.

Pada set kedua, Zii Jia meneruskan corak permainan sama tetapi agak kurang konsisten selepas mendahului 11-6.

Antonsen, yang sebelum ini mendahului 5-3 dalam rekod pertemuan dengan Zii Jia, pada ketikanya berjaya mengurangkan jarak mata dan cuba mengejar untuk memaksa set penentuan 10-14, 11-16 dan 15-18.

Namun selepas bertarung 53 minit di tengah gelanggang, Zii Jia mengutip mata kemenangan selepas pukulan balas Antonsen terkeluar di garisan belakang gelanggangnya.

Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia akan bertemu bintang badminton Thailand, Kunlavut Vitidsarn pada separuh akhir Ahad ini.

Kunlavut, penyandang juara dunia dan pilihan kelapan, mengejutkan pilihan utama Shi Yu Qi dari China 21-12, 21-10 dalam tempoh hanya 43 minit.

Related Posts

HTAA rawat bekas pemain hoki tular kurang siuman

KUANTAN – Bekas pemain hoki remaja kebangsaan, Mohamad Asmawi Zaidi yang dikatakan tidak siuman kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), dekat sini, untuk tujuan rawatan. Pengarah Jabatan Kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Zafrul dipilih Presiden BAM

TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz dipilih sebulat suara sebagai presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam mesyuarat agung tahunan ke-80 badan induk itu hari ini. Pada 25 Mac lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment