Tunjukkan solidariti, rakyat Malaysia diseru hadir Himpunan Pembebasan Palestin

RAKYAT Malaysia dijemput hadir ke Himpunan Pembebasan Palestin yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada jam 8 malam, Ahad ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perhimpunan berkenaan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semua dijemput hadir! Himpunan Pembebasan Palestin, disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Kita jumpa Ahad ini!,” katanya di Facebook pada Jumaat.

Terdahulu, Malaysia sudah menzahirkan ketegasannya berhubung kekejaman terbaharu Israel hingga menyebabkan kematian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Kata Anwar, Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil sudah cukup memberi tanda solidariti bagi perjuangan pembebasan Palestin serta pembunuhan kejam.

Pada Rabu, Hamas melaporkan Haniyeh bersama seorang pengawal peribadinya terbunuh dalam satu serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di ibu negara Iran, Tehran.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China