Duta Palestin hargai usaha berterusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Himpunan Solidariti Palestin yang akan berlangsung Ahad ini digambarkan sebagai lanjutan usaha berterusan Malaysia untuk menyokong Palestin.

Justeru, Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali menzahirkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia atas sokongan dan solidariti yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin.

“Ini adalah lanjutan daripada usaha Malaysia untuk menunjukkan sokongan dan solidariti mereka terhadap perjuangan Palestin.

Saya berterima kasih bagi pihak Palestin dan kedutaan Palestin. Saya menghargai usaha yang dilakukan di Malaysia oleh rakyat dan kerajaannya.

“Semua rakyat Malaysia menunjukkan simpati, sokongan, dan solidariti dengan Palestin,” katanya semasa temu bual dalam program Bernama World di sini pada Jumaat.

Perhimpunan solidariti dengan Palestin yang akan diadakan di Arena Axiata, Bukit Jalil pada Ahad ini, adalah salah satu langkah untuk menghantar mesej yang kuat kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan akan terus menyokong Palestin.

Media Iran melaporkan bahawa Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan tempat penginapannya di utara Tehran sekitar pukul 2 pagi waktu tempatan pada 31 Julai.

Haniyeh berada di Tehran untuk menghadiri upacara angkat sumpah presiden baharu Iran.

Mengulas lanjut, Walid memuji simpati dan sokongan konsisten kerajaan dan rakyat Malaysia, menekankan bahawa acara ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan sejak 7 Oktober dan sebelum itu lagi.

Diplomat itu mengakui peranan penting yang dimainkan Malaysia dalam memperjuangkan hak-hak Palestin, menyatakan bahawa sokongan berterusan Malaysia tidak boleh dipersoalkan dan amat dihargai oleh warga Palestin.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori