PUTRAJAYA – “Biarlah dia cari dosa kering.” Itu jawapan ringkas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan Pas yang dikatakan menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu baru-baru ini sebagai pentas untuk memfitnah dan memaki hamun.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Halal Sedunia (WHBC) 2024 sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di Kuala Lumpur, hari ini.
Terdahulu, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam nada sama membidas tindakan Pas dan menyifatkan parti itu di bawah Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang sudah menyimpang jauh daripada perjuangan asal yang diasaskan tokoh parti terdahulu.
Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata di bawah kepemimpinan Abdul Hadi, Pas mengalami kemerosotan dan sinonim dengan politik kebencian serta menyemarakkan fenomena takfir di negara ini.
Katanya, Muktamar Tahunan Ke-70 Pas yang berlangsung di Kerdau, dekat Temerloh, Pahang, adalah kemuncak politik kebencian yang membiakkan budaya fitnah, mencerca dan memaki hamun dalam Pas di bawah kepemimpinan Abdul Hadi.



