Sijil halal meyakinkan pelanggan

KLUANG- Rata-rata masyarakat tanpa mengira agama di sekitar negeri ini mengakui kewujudan sijil halal di premis makanan akan lebih menjamin kebersihan dan keselamatan pelanggan.

Seorang pengusaha kedai telefon bimbit yang mahu dikenali sebagai Ah Joo, 30 berkata, terdapat perbezaan bagi kedai makan yang mempunyai sijil halal dan sebaliknya.

Ah Joo, 30

Menurutnya, kebersihan premis dan penyediaan makanan selamat yang menjadi antara syarat memiliki sijil halal membuatkan dia lebih yakin dengan kualiti di sesebuah restoran tersebut.

“Saya rasa tak ada masalah wajibkan sijil halal di premis makanan. Lagipun ia lebih sihat dan selamat untuk pelanggan.

“Saya sendiri makan di kedai yang mengandungi sijil halal dan tidak halal, tapi tak dinafikan kedai yang tiada sijil halal adakalanya timbul isu kebersihan terutama di dapur premis mereka,” katanya kepada The Malaysia Press.

Sementara itu seorang lagi masyarakat Cina yang mahu dikenali sebagai Dickson, 25, megakui tiada masalah jika setiap premis yang menyasarkan pelanggan muslim turut mengaplikasikan sijil halal di restoran masing-masing.

Dickson, 25

“Itu adalah langkah yang baik dan saya tiada masalah dengan kedai yang ada sijil halal dan tidak. Jika mereka ada sijil halal, itu lebih bagus dan selamat, bukan?” katanya.

Bagi seorang kakitangan swasta, Nur Liyana Hassan, 33 pula beranggapan, pemilikan sijil halal di sesebuah premis makanan itu turut memberikan kesan kepada perkhidmatan kakitangan yang bekerja di sesebuah premis berkenaan.

Nur Liyana Hassan, 33

“Beza bagi sebuah restoran yang dijamin halal dengan restoran yang hanya mempamerkan slogan ‘no pork no lard’ ini adalah status pekerja mereka. Kalau premis yang tiada sijil halal, kebanyakkan pekerja adalah berbangsa asing dan bukan beragama Islam.

“Itu sedikit sebanyak pun dah meragukan kita berbanding kedai yang memiliki sijil halal. Mungkin ada sebahagiannya mengambil khidmat pekerja asing, namun orang beragama Islam khususnya pekerja tempatan sendiri lebih ramai daripada mereka yang bukan Islam bagi restoran yang mempunyai sijil halal,” katanya.

Manakala seorang peniaga, Muhammad Hariri Shauqi Musa, 31 berpendapat, kewajipan mendapatkan sijil halal tidak seharusnya tertakluk kepada restoran makanan semata-mata, namun ia perlu diperluaskan sehinggalah kepada pengilang yang turut terlibat sebagai pengeluar makanan.

Muhammad Hariri Shauqi Musa, 31

“Kedai makan yang ada sijil halal ni bagus bukan sekadar meyakinkan status makanan itu semata-mata, namun menjamin kebersihan kedai, keselamatan makanan dan macam-macam lagi yang mana ia penting untuk semua orang tak kira apa pun agama.

“Saya setuju kalau diwajibkan dan malah mencadangkan agar penguatkuasaan ini diperluaskan kepada semua perniagaan membabitkan makanan sama ada di kilang, restoran mewah malah kedai makan di kaki lima sekalipun sekiranya mereka turut menyasarkan pelanggan beragama Islam,” ujarnya.

Related Posts

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

PIHAK yang mendesak pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlu memahami sejarah kenegeraan sehingga terbentuk Perlembagaan negara. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi dan Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop menegaskan, jika ada sebarang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Thailand-Kemboja perlu henti provokasi bermula malam ini

PUTRAJAYA – Malaysia menggesa Thailand dan Kemboja menghentikan segala bentuk permusuhan serta tidak melakukan sebarang tindakan ketenteraan lanjut, termasuk penggunaan kekerasan atau menggerakkan pasukan bersenjata ke barisan hadapan, bermula 10…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM