Tiada krisis dalaman UMNO di Mahkota, sekadar provokasi luaran – Jazlan

KLUANG – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub menyangkal sekeras-kerasnya wujud krisis dalaman UMNO di Dewan Undangan Negari (DUN) Mahkota sehingga wujudnya protes.

Tegas Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu, dakwaan kononnya UMNO Mahkota berkonflik sesama sendiri tidak timbul sebaliknya, ditanggapi sebagai provokasi daripada pihak luar.

“Isu desas-desus mengatakan timbul masalah dalaman di Mahkota ini adalah satu provokasi daripada pihak luar.

“Dakwaan ini mungkin nak melemahkan atau menurunkan sedikit moral jentera-jentera yang datang membantu, tetapi tidak timbul pun,” katanya ketika ditemui media di bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham, pada Selasa.

Ahmad Jazlan juga menafikan wujud isu peruntukan yang didakwa tidak diagih sama rata kepada jentera pilihan raya di DUN Mahkota.

“Tak, tak ada setakat apa yang saya tahu (isu peruntukan), saya juga ada bertemu dengan Menteri Besar Johor merangkap Pengarah Pilihan Raya, Datuk Onn Hafiz Ghazi beliau maklumkan peruntukan berjalan dengan elok.

“Jadi soal peruntukan ini langsung tidak timbul dan setiap jentera apa yang saya lihat sehingga hari ini berjalan dengan baik. Dan saya tak dengar pun mereka merungut tentang kekurangan, maksud saya ialah sedikit sebanyak untuk perbelanjaan,” jelas beliau.

Untuk rekod sebelum ini difahamkan gerak kerja kempen PRK DUN Mahkota didakwa berdepan konflik dalaman UMNO kononnya terkait isu protes dan kekangan peruntukan.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan memaklumkan rakan komponen Kerajaan Perpaduan juga memberikan komitmen penuh membantu kempen untuk memenangkan calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah.

“Rakan komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan memberi jaminan akan kerja habis-habisan bagi memastikan kita dapat meningkatkan majoriti di sini.

“Saya ialah selaku ahli Majlis Tertinggi angkat amat teruja sebab di Nenggiri MCA tidak ada, MIC tidak ada. Begitu juga dengan DAP pun tidak ada tetapi berlainan di sini dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka.

“Saya yakin gandingan Kerajaan Perpaduan Madani dan solidariti di dalam BN akan memberi hasil yang sangat positif pada 28 September ini,” ujar beliau.

Related Posts

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

SATU pertemuan difahamkan sedang berlangsung melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan, pada Selasa ketika krisis pentadbiran Negeri Sembilan terus menjadi perhatian. Perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menolak dakwaan ‘tebuk atap’ atau cubaan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri secara tidak bertanggungjawab. Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan