Zahid nafi ada pertemuan dengan Pas

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada pertemuan rasmi antara parti itu dengan Pas kononnya bagi membentuk kerjasama bagi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) seperti didakwa sesetengah pihak.

Ahmad Zahid berkata secara peribadi juga tiada yang hadir bertemu dengannya seperti didakwa.

“Mereka tidak berjumpa dengan saya. Jika ada pun, mungkin itu pendekatan yang dibuat secara peribadi dan bukan secara rasmi,” katanya kepada media selepas majlis perasmian sebuah pusat fisioterapi di sini, hari ini.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya berhubung dakwaan wujud perbincangan antara pemimpin Pas dan UMNO bagi membincangkan kerjasama mendepani PRU16.

Perkara itu didakwa oleh Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, yang berkata beberapa siri pertemuan bersama pemimpin UMNO kerap berlaku ketika ini.

Pada 8 Julai lalu, Ahmad Zahid berkata parti itu tidak akan bekerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti itu.

Katanya, pengalaman bekerjasama dengan Pas sebelum ini menyebabkan keputusan itu diambil.

Menurutnya, banyak keputusan bersama dibuat sebelum ini di antara kedua-dua parti dikhianati Pas.

Related Posts

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

KUANTAN – Tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Paya Besar tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini. Mereka adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Oleh: Yusoff Din PEMECATAN Abdul Khalib Abdullah sebagai Ketua Bersatu Pahang dilihat membuka lagi episod pergolakan dalaman parti itu di negeri berkenaan, khususnya selepas kemelut melibatkan kem kepimpinan tertinggi parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi