Kolej Tingkatan 6 Premium dijangka dilaksana tahun hadapan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dijangka melaksanakan Kolej Tingkatan 6 Premium pada tahun depan dalam rangka sebagai program khusus bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajian itu.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi giat bekerjasama untuk merealisasikan inisiatif itu.

“Inisiatif ini menyahut hasrat kerajaan yang ingin melihat Tingkatan 6 terus menjadi pilihan utama bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia,” katanya ketika merasmikan anugerah pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2023 di Majlis Peperiksaan Malaysia.

Ditemui pemberita selepas pengumuman itu, Fadhlina memaklumkan butiran lanjut inisiatif ini akan diumumkan selepas proses penyelarasan antara kementerian selesai.

Sementara itu, Fadhlina turut memaklumkan cadangan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan 6 sedang diperhalusi.

Menteri pada Julai lalu mengumumkan KPM sedang perinci cadangan menyediakan elaun kos sara hidup pelajar dan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6.

Langkah itu katanya antara usaha penjenamaan semula Tingkatan 6, dan memastikan kualitinya diperluas dan dipertingkatkan.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis