STPM Melaka: 21 calon raih PNGK 4.0

BUKIT BARU – Seramai 21 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 di negeri ini memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.

Perkara itu diumumkan dalam sidang media pada Majlis Aspresiasi Peperiksaan STPM 2023, di Dewan Bestari, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Jalan Bukit Baru, hari ini oleh Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah.

Dalam majlis itu beliau mengumumkan, seramai seramai 21 calon memperoleh PNGK 4.0 diikuti 62 calon mendapat 3.75 keatas. Selain itu, 164 calon mendapat 3.0 keatas, diikuti 362 calon mendapat 2.75 keatas dan seramai 375 lagi calon memperoleh 2.0 keatas.

Menurutnya, daripada 1,081 calon yang hadir menduduki peperiksaan seramai 1,077 calon layak menerima sijil.

“Justeru itu Purata Nilai Gred Kumulatif STPM Melaka 2023 mencatatkan 2.81 mata.

“Hanya 0.37 peratus atau empat calon sahaja tidak layak menerima sijil STPM 2023. Peratusan calon yang mendapat lulus penuh dalam empat dan lima mata pelajaran turut merekodkan peningkatan iaitu sebanyak 99.63 peratus atau 1,077 calon,” katanya.

Related Posts

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

PADANG BESAR – Polis merampas 31.6 tan kaki ayam dan 10.2 tan hati ayam beku dalam serbuan ke atas sebuah gudang penyimpanan haram barangan sejuk beku di kawasan Perindustrian Padang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

KOTA KINABALU – Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah proaktif dalam memperkukuh peranan wanita di bidang politik menerusi penganjuran Bengkel Pengucapan Awam & Iltizam Wanita Sabah. Ketua Wanita PH Sabah, Jannie…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif