Yayasan Belia Malaysia rai peserta iTEKAD Edisi Asnaf

KUANTAN – Yayasan Belia Malaysia (YBM) meraikan peserta program iTEKAD anjuran sebuah bank komersial bagi edisi asnaf Pahang, semalam.

Majlis apresiasi itu dihadiri wakil YBM, Datuk Suhaimi Ibrahim.

Pada majlis berkenaan, semua peserta yang berjaya melengkapkan program selama 12 bulan itu menerima geran dan kunci pendua motosikal menerusi program berkenaan.

“Syabas kepada semua peserta yang berjaya menyelesaikan program ini dengan penuh dedikasi selama 12 bulan.

“YBM turut menyerahkan geran motosikal beserta kunci pendua kepada setiap peserta yang lulus, sekaligus membuktikan komitmen kami membantu golongan asnaf menjadi usahawan rider yang berjaya,” kata Suhaimi ketika berucap pada majlis itu.

Majlis turut dihadiri Timbalan Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, Che Samsol Ibrahim; wakil Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP); wakil Foodpanda Malaysia; Taylor’s” Community dan wakil dari bank komersial terbabit.

Terdahulu, Suhaimi memaklumkan pihak YBM turut meluangkan masa menyantuni penduduk terjejas banjir di sekitar Raub.

“Pihak YBM juga menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terjejas akibat kejadian banjir kilat di Kampung Bukit Pampong, Kampung Durian Sebatang dan Kampung Ulu Sungai,” katanya.

Related Posts

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

GEORGE TOWN – Kira-kira 10,000 pengguna di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan tidak akan terjejas bekalan air ketika kerja-kerja penyambungan akhir saluran paip melintasi Sungai Perai dilaksanakan minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah