Golongan belia jayakan Karnival Harapan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Parlimen Sandakan

SANDAKAN – Karnival Harapan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Parlimen Sandakan dijayakan dengan meriah oleh golongan belia yang diberi tanggungjawab penuh untuk melaksanakannya.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata, semua tanggungjawab dan perancangan program diberikan kepada anak-anak muda untuk menggerakkan karnival ini.

“Karnival kali ini anjuran yang ketiga oleh Parlimen Sandakan dengan kerjasama Persatuan Harapan Dinamik Sabah.

“Walaupun saya ada pasukan yang memberi banyak input dan idea, saya mahu anak-anak muda dan belia menjadi penggerak utama program ini.

“Setiap program sebesar ini memerlukan banyak usaha dan tenaga namun tidak perlu menggunakan bajet yang terlalu besar.

“Sebab setiap ringgit yang kami gunakan ada juga duit rakyat. Jadi setiap ringgit yang kami gunakan adalah tanggungjawab.

“Jadi, oleh itu kami perlu mengadakan program yang tidak menggunakan peruntukan yang terlalu banyak namun suasana meriah sekali,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah sempena Karnival Harapan Tahun Baharu Cina 2025 di Bandar Letat Jaya, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau menekankan pentingnya sektor pelancongan dalam pembangunan ekonomi Sandakan.

Vivian berkata, pengalaman melancong di luar negara dapat memberikan idea baharu kepada belia untuk memperbaiki dan meningkatkan daya tarikan Sandakan sebagai destinasi pelancongan.

“Kami ingin Sandakan dikenali dengan keunikan dan sejarahnya terutama ‘Sandakan Old Town’ yang menarik perhatian ramai termasuk pengarah-pengarah filem yang teruja dengan suasananya.

“Mereka (pengarah filem) kata Sandakan merupakan bandar yang istimewa,” ujarnya.

Karnival itu turut menyokong pelbagai aktiviti seni, tarian singa dan persembahan budaya yang melibatkan pelajar dan persatuan tempatan, memberikan ruang untuk bakat-bakat muda Sandakan diketengahkan.

Turut hadir Persatuan Masyarakat Tionghoa Bersekutu Sandakan, Wong Kin Yan mewakili Datuk Edward Khoo Get Ngian; Pengurus Persatuan Harapan Dinamik Sabah, Chin Yee Kent dan Pengerusi Program, Tang Szu Ching.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli BACHOK – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyantuni warga Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah, Kampung Kolam, Pak Badol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM