Waspada penipuan ‘scammer’ guna nama Bomba Sabah

KOTA KINABALU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah minta agar syarikat-syarikat pembekal berwaspada dengan aktiviti penipuan ‘scammer’ yang membabitkan nama jabatan tersebut.

Perkara itu dihebahkan menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook JBPM Negeri Sabah di sini pada Rabu.

Hal itu ekoran tular surat tawaran dan tempahan perolehan bekalan serta perkhidmatan seperti kandungan Pesanan Kerajaan yang dikemukakan.

Oleh hal demikian, JBPM menafikan perkara itu dan meminta pihak syarikat agar tidak terpedaya dengan individu yang mendakwa mendapat tawaran bekalan daripada mana-mana jabatan bomba di daerah Sabah.

Jelas kenyataan itu, urusan bekalan hanya menggunakan sistem e-Perolehan, bukannya tempahan menerusi dokumen secara fizikal seperti salinan format ‘Portable Document Format’ (PDF).

Tambah JBPM, setiap syarikat perlu mendaftar e-Perolehan terlebih dahulu sebelum dapat membekalkan kepada jabatan.



“Sekiranya ada menerima tawaran kerja yang diragui membabitkan JBPM Negeri Sabah, hendaklah menghubungi jabatan bomba berkaitan untuk pengesahan di talian 088-422850 atau menerusi emel korporat.sabah@bomba.gov.my.

“Laporan polis telah dibuat berhubung pemalsuan dokumen kerajaan dan meminta pihak-pihak yang terkesan dengan kejadian ini untuk melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan