Polis Arau lupus lebih 2 tan barang kes berkait ketum

ARAU – Ibu Pejabat Polis Daerah Arau melaksanakan pelupusan barang kes berkait penyalahgunaan ketum seberat 2.19 tan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, proses pelupusan dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Arau itu melibatkan daun ketum dan 1,483 liter cecair ketum.

Katanya, anggaran nilai keseluruhan barnag kes dilupuskan itu adalah RM36,760 dan pelupusan dijalankan secara tanam timbus di tapak BSJND Arau.

“Barang kes yang dilupuskan adalah hasil daripada 130 kertas siasatan ketum yang telah selesai proses perundangan.

“Semua barang kes telah dianalisa oleh Jabatan Kimia sebelum dilupuskan. Proses pelupusan tamat sepenuhnya dalam tempoh satu jam,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pelupusan ini menunjukkan komitmen pihak berkuasa dalam memerangi aktiviti penyalahgunaan ketum di daerah ini.

Related Posts

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

SARATOK – Malam Tujuh Likur disambut meriah di Saratok dengan pelbagai aktiviti tradisional dan keagamaan, termasuk pertandingan pintu gerbang yang menjadi daya tarikan utama.  Menariknya, Malam Tujuh Likur merupakan kemeriahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

JITRA – Bapa kepada dua beradik yang cedera akibat bermain mercun bola di kawasan rumah mereka di Kampung Baru, Kuala Nerang pada 19 Mac lalu ditahan bagi membantu siasatan berhubung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta