Warganet gusar program LGBT dipromosikan secara terbuka di Kuching

KUCHING – Penduduk tempatan melahirkan rasa gusar terhadap penganjuran sebuah program berunsur LGBT yang didakwa dipromosikan secara terbuka oleh sebuah pusat kecergasan di bandar raya ini sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.

Program yang dikenali sebagai ‘Pride Ride with Maya’ dijadual berlangsung pada 22 Jun ini dan dikatakan bertujuan meraikan komuniti LGBTQ+ menerusi aktiviti berbasikal dalaman bertemakan warna pelangi yang sinonim dengan gerakan tersebut.

Promosi terbuka acara itu yang dimuat naik di laman media sosial rasmi penganjur mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna Facebook, khususnya rakyat Sarawak yang menyifatkan program berkenaan tidak menghormati nilai tempatan dan boleh menjejaskan moral masyarakat.

“Tolong pihak berkuasa ambil tindakan. Jangan biarkan budaya songsang menular di bumi Kenyalang,” tulis seorang pengguna Facebook.

“Memalukan. Kita di Sarawak ada budaya, ada adat. Tidak sepatutnya anjurkan program seperti ini,” ujar seorang lagi pengguna Facebook.

Malah, ramai menyuarakan kebimbangan terhadap pengaruh acara seumpama itu terhadap golongan muda, selain menyeru agar pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa tempatan memantau kandungan serta tujuan sebenar acara berkenaan.

“Acara sebegini boleh merosakkan akhlak dan nilai generasi muda. Jangan normalisasikan perkara ini secara terbuka,” tulis seorang lagi pengguna yang turut menerima ratusan sokongan dan reaksi marah daripada warganet.

Setakat ini, belum ada maklum balas rasmi daripada pihak penganjur mahupun sebarang tindakan susulan daripada pihak berkuasa.

Sarawak, meskipun dikenali sebagai negeri majmuk dan terbuka, tetap berpegang kepada nilai-nilai agama, budaya dan adat tempatan yang menolak sebarang bentuk promosi terbuka terhadap gaya hidup yang bertentangan dengan norma masyarakat.

Related Posts

Lebih 300 peluang pekerjaan ditawarkan di Pameran Pendidikan Miri

MIRI – Pameran Pendidikan dan Kerjaya Datuk Sebastian kembali untuk edisi kelima tahun ini dengan menawarkan lebih 300 peluang pekerjaan kepada pengunjung. Program yang berlangsung bermula Jumaat hingga 12 April…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

TAWAU – Seorang guru pelatih wanita maut selepas motokar yang dipandu terbabas sendiri dalam insiden kemalangan di Batu 11 Jalan Apas, di sini, tengah hari Jumaat. Dalam kejadian kira-kira pukul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 300 peluang pekerjaan ditawarkan di Pameran Pendidikan Miri

Lebih 300 peluang pekerjaan ditawarkan di Pameran Pendidikan Miri

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan