Jasa dan sumbangan wartawan wajar diiktiraf – Armizan

KOTA BELUD – Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 adalah platform dan hari untuk mengiktiraf jasa dan sumbangan para wartawan dalam menyebarkan maklumat yang sahih.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata jasa dan sumbangan wartawan ini merupakan antara satu komponen penting yang memainkan peranan signifikan dalam membina negara dan negeri ini.

“Wajar diberikan pengiktirafan oleh semua pihak,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Gagasan Rakyat Bahagian Tempasuk 2025, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Armizan turut memberi suntikan semangat agar para wartawan dapat menghasilkan dan idea yang bernas dalam penyebaran maklumat.

“Peranan yang dimainkan ini adalah cukup penting dalam membina masa depan negara kita, membina rakyat kita agar lebih maju makmur.

“Selamat Hari Wartawan Nasional,” ucapnya.

Tahun ini, HAWANA yang bertemakan ‘Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika’ merupakan perhimpunan terbesar pengamal media di Malaysia anjuran Kementerian Komunikasi menerusi BERNAMA sebagai agensi pelaksana.

Related Posts

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN – Sebanyak 99 peratus daripada lebih 16,000 responden menyatakan sokongan terhadap cadangan sambungan jajaran Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, sekali gus mencerminkan penerimaan tinggi rakyat terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

BUKIT MERTAJAM – Kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini mencatat peningkatan memberangsangkan apabila hampir mencecah RM10 juta setakat 9 April lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan