Warga emas, tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran rumah di Labuan

LABUAN – Seorang warga emas lelaki bersama tiga kanak-kanak maut dalam kejadian kebakaran rumah di Taman Lazenda Villa 2, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan (W.P) Labuan, Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 12.50 pagi melibatkan rumah teres dua tingkat.

“Hasil siasatan pihak polis di lokasi kejadian selepas pihak bomba melakukan pemadaman api mendapati keseluruhannya terdapat sembilan mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.

“Seorang daripada sembilan mangsa iaitu warga emas lelaki berumur 65 tahun ditemui dalam keadaan rentung di ruang dapur.

“Seterusnya empat mangsa kanak-kanak terperangkap di dalam rumah ditemui tidak sedarkan diri, dipercayai terhidu asap tebal di tingkat atas rumah dikeluarkan oleh pihak bomba.

“Mangsa kanak-kanak diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan kecemasan namun dua daripadanya disahkan meninggalkan dunia di lokasi.

“Manakala dua lagi dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan seorang daripadanya disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10 pagi ketika menerima rawatan.

“Tiga mangsa kanak-kanak yang maut dalam kejadian itu terdiri daripada dua lekaki berumur 11 dan 12 tahun, serta seorang perempuan berumur 8 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada petang Khamis.

Menurut Hamizi lagi, empat daripada sembilan mangsa pula berjaya keluar dengan selamat bersama seorang bayi dengan bantuan orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya oleh pihak bomba pada pukul 2.22 pagi.

“Kesemua mangsa yang terkorban telah dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat dan punca kebakaran kini masih dalam siasatan pihak bomba.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian agar tidak menularkan gambar atau rakaman video melibatkan mangsa bagi menjaga sensitiviti ahli keluarga mangsa,” katanya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16