Warga emas kumpul sampah di halaman rumah, MBI bersihkan dan jual

IPOH – Hobi atau tabiat?

Seorang warga emas, 66, sanggup tinggal di dalam lautan sampah apabila kediaman rumah teres satu tingkat yang didiaminya, di Taman Perpaduan Jaya, di sini, dipenuhi lebih satu tan sampah.

Ia termasuk barangan kitar semula seperti plastik, kertas, kadbod dan tin aluminium sehingga menjadi kacau ganggu kepada penduduk berhampiran.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, susulan aduan daripada orang awam, pihaknya telah bertindak menjalankan Operasi Bersepadu Penghapusan Kacau Ganggu Aduan Pengumpulan Barang Kitar Semula dan Sampah Sarap di rumah lelaki itu, pada Rabu.

Jelasnya, dia menjalankan aktiviti mengumpul barangan kitar semula dan menyimpan sampah dalam kawasan rumah kediaman.

“Satu operasi dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran setelah pemilik premis gagal mematuhi Notis Mengkehendaki Kacau Ganggu Dihapuskan di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan. Tempatan 1976,” kata jurucakap MBI.

Jelasnya, operasi diketuai oleh Penasihat Undang-Undang Bandaraya dan dibantu jabatan berkaitan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita mengambil masa tiga jam bermula 9 pagi dan berakhir 12 tengah hari untuk melakukan kerja-kerja pembersihan tanpa berlaku sebarang insiden tidak diingini.

“Pemilik premis juga telah memberi kerjasama pada MBI bagi membersih dan memindahkan kesemua barang-barang terpakai,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sebanyak tiga buah lori berisi muatan plastik, kertas, kadbod dan tin aluminium dikutip dengan berat keseluruhan sisa sebanyak 1,110 kilogram.

“Kesemua barangan itu dibawa ke Pusat Kitar Semula di kawasan Perindustrian IGB dengan persetujuan pemilik premis dan MBI,” katanya yang turut menyatakan pihak syarikat kitar semula telah membeli dan membayar sejumlah wang kepada lelaki tersebut berdasarkan berat bahan kitar semula.

Sehubungan itu, MBI juga telah memberi nasihat kepada pemilik premis itu untuk berhubung terus dengan syarikat kitar semula pada masa akan datang bagi mengelakkan barangan dikumpul sehingga kembali kacau ganggu orang awam.

“Jika masih berlanjutan, MBI tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan yang lebih tegas pada masa akan datang,” tegasnya.

Warga Bandaraya Ipoh boleh melayari portal Ekonomi Kitaran MBI bagi mendapatkan maklumat syarikat kitar semula yang berlesen di dalam kawasan pentadbiran MBI bagi tujuan menjual barangan kitar semula supaya yang Terbuang Menjadi Wang (Trash for Cash).

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat