Warga asing maut motosikal ditunggang terbabas

LAHAD DATU – Seorang lelaki warga Filipina maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan dan terbabas ke gaung dalam kejadian di Kilometer 35 Jalan Lahad Datu – Sandakan, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, insiden kira-kira pukul 3 petang itu mengakibatkan mangsa berumur 31 tahun berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati, mangsa dari arah Sandakan menuju Lahad Datu disyaki hilang kawalan dan terbabas di gaung sebelah kanan bahu jalan.

“Kejadian ini disaksikan sendiri abang mangsa yang berada di kenderaan lain di hadapan motosikal ditunggang mangsa,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Menurut Dzulbaharin, sampel darah mangsa diambil untuk ujian alkohol serta dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

PUTRAJAYA – Proses pemindahan kuil Dewi Sri Pathrakaliamman ke tapak baharu yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi asal diluluskan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh. Beliau berkata, semua kelulusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

LIMBANG – Kehadiran seekor ular tedung hitam sepanjang kira-kira satu meter yang menceroboh sebuah rumah di Kampung Bunga Raya di sini, mencetuskan kebimbangan penghuni sebelum reptilia itu berjaya ditangkap pihak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri