Kanak-kanak perempuan maut tercampak keluar dari kereta

KUANTAN – Seorang kanak-kanak perempuan maut apabila tercampak dari kereta yang dinaikinya dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 147.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), arah timur dekat Maran, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang itu, mangsa, Nurul Lara Maisarah Mohd Hafiz, 7, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan Honda Civic.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa Honda Civic itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.

“Ketika kejadian, cuaca hujan. Tiba-tiba Honda Civic dipandu ibu mangsa berusia 31 tahun hilang kawalan lalau terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sebelah kanan.

“Akibatnya, mangsa tercampak keluar ke laluan bertentangan dan jatuh mengenai cermin besar hadapan Perodua Myvi di laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan Klinik Kesihatan Pekan Awah dan seorang lagi anak pasangan itu, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun mengalami kecederaan ringan.

“Pemandu Honda Civic dan suaminya berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan manakala pemandu Perodua Myvi iaitu lelaki berusia 57 tahun bersama isterinya, 54, serta anak lelaki, 11, cedera ringan dan sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh,” katanya.

Ujarnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi