Wanita maut terjatuh dari bangunan di Jalan Buli Sim-Sim

SANDAKAN – Seorang wanita tempatan maut dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di kediaman Blok A di Jalan Buli Sim Sim di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8 malam tadi.

“Hasil siasatan mendapati mangsa seorang wanita tempatan berusia 47 tahun itu dipercayai terjatuh dari aras tinggi bangunan Blok A tersebut berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Siasatan juga mendapati wanita itu bukan penghuni di kawasan bangunan berkenaan.

“Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan kaki,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, identiti mangsa dikenal pasti berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui bersamanya di lokasi kejadian.

Jelasnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk proses bedah siasat.

“Siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan