Hentikan fitnah atau kami ambil tindakan – AMK Johor

JOHOR BAHRU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Johor mendesak pembangkang untuk berhenti menabur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua AMK Johor, Taufiq Ismail berkata, perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku kerana ia secara tidak langsung mencemarkan reputasi Perdana Menteri dan kerajaan itu sendiri.

Tambah beliau, budaya fitnah dalam kalangan pembangkang ketika ini dilihat semakin berleluasa dan perkara itu harus diberikan pengajaran agar individu terlibat berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan selepas ini.

“Setakat ini, beberapa pimpinan pembangkang seperti Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Rosol Wahid, Fahli Shaari dan S Subramaniam didapati telah membuat hantaran-hantaran berbentuk fitnah yang berniat jahat bertujuan mengancam ketenteraman awam serta mengundang kebencian terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia.

“Justeru, AMK Johor telah membuat laporan polis berkenaan fitnah yang telah dilemparkan kepada Perdana Menteri, terutamanya melibatkan Titah Adendum terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita tidak akan teragak-agak menggunakan saluran yang betul dalam memaksa mereka terlibat menghentikan fitnah kepada kerajaan hari ini,” katanya.

Terdahulu, beliau memuat naik hantaran di laman media sosial miliknya mengenai laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Johor Bahru Utara, malam tadi.

Menurut Taufiq, sebanyak enam laporan polis dibuat pihaknya pada semalam antaranya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, IPD Kluang dan IPD Johor Bahru Utara.

Related Posts

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

KUANTAN – Seorang remaja sedang melakukan aksi ‘wheelie’ antara 65 ditahan ketika Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Rundingan kerusi PH Sabah masih berjalan – Ewon

Rundingan kerusi PH Sabah masih berjalan – Ewon