Pas, Bersatu celaru dan tidak ikhlas bela Najib

KECELARUAN bertubi-tubi melanda Pas dan Bersatu apabila dilihatkan menggunakan isu Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan politik.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan kenyataan Setiausaha Bersatu Wilayah Persekutuan, Mahathir Rais mengatakan ketiadaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika perhimpunan solidariti Najib sebagai mengekalkan prinsip anti rasual adalah memualkan.

Mahathir berkata, ketidakhadiran pemimpin utama tersebut lebih kepada mengekalkan pendirian yang selari dengan prinsip perjuangan gabungan.

Mohd Puad juga berkata, prinsip itu tidak selari kerana Muhyiddin juga terlibat dengan isu suapan Jana Wibawa yang kononnya tidak berkompromi berkenaan isu rasuah dan salah guna kuasa.

“Memang memualkan bila Mahathir Rais berhujah ketiadaan Muhyiddin dan Hadi di perhimpunan solidariti Najib sebagai mengekalkan prinsip anti rasuah.

“Tidakkah Muhyiddin sedang didakwa kerana rasuah dana wibawa? Mana ada prinsip kalau Muhyiddin biarkan menantu lari ke luar negara. Anak Najib tidak seorang pun yang lari,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Pada Mac 2023, di Mahkamah Sesyen, Muhyiddin meminta dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta yang dikaitkan dengan Jana Wibawa.

Empat pertuduhan salah guna kuasa itu, dirangka mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, menuduhnya menggunakan kedudukan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu ketika itu untuk suapan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu, antara Mac 1, 2020 hingga 20 Ogos 2021.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika Muhyiddin benar-benar berprinsip sewajarnya beliau membantah tindakan Pas meneruskan himpunan berkenaan tetapi perkara itu tidak berlaku.

Katanya, ia terbukti kedua-dua parti ini hanya sekadar menunggang serta memanipulasi isu Titah Adendum itu bagi meraih populariti politik

“Mengarut. Kalau berprinsip Muhyidin patut bantah Pas buat perhimpunan. Selain tidak boleh kawal Pas dia rasa malu untuk hadir.

“Sebab itu Pas dan Bersatu bercelaru untuk manipulasi isu Titah Adendum. Tidak ada keikhlasan,” katanya.

Pada 4 Januari, Pas tetap berpendirian untuk menggalakkan ahlinya menyertai himpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ di Istana Kehakiman pada 6 Januari.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pendirian itu diambil walaupun selepas titah daripada Istana Negara mengenai kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, parti itu menjunjung tinggi titah Istana Negara berhubung kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Related Posts

Teraju Pahang slogan kosong Pas

KUANTAN – Kerajaan Pahang yang ketika ini diterajui UMNO tidak terkesan dengan kempen ‘Teraju Pahang 2.0’ yang sedang dilakukan Pas. Sambil menyifatkan kempen itu tidak lebih daripada slogan ‘kosong’, Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keyakinan rakyat meningkat, bukti kejayaan Kerajaan MADANI
  • YnomYnom
  • July 10, 2025

KOTA KINABALU – Dapatan tinjauan Ipsos (Ipsos Populism Report 2025) menunjukkan keyakinan rakyat terhadap masa depan negara meningkat. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembohongan Besar: Agenda politik dalam kes Anwar–Yusoff Rawther

Pembohongan Besar: Agenda politik dalam kes Anwar–Yusoff Rawther

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah