Wanita maut, pemandu cedera akibat nahas kereta langgar pokok

KUCHING – Satu kemalangan jalan raya dilaporkan awal pagi ini di Jalan MJC Batu Kawa melibatkan sebuah kereta Proton Saga jenis lama yang melanggar pokok di tepi jalan.

Menurut kenyataan rasmi Pusat Gerakan Operasi Sarawak, pihaknya mengesahkan insiden ini berlaku pada 3:42 pagi.

Mangsa yang dikenali sebagai Vronica Agnesia Bong berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, seorang lagi wanita tempatan iaitu pemandu kereta jenis proton saga itu pula mengalami kecederaan dalam kejadian sekitar 3.40 pagi.

Komander Operasi, PBK II Kana Tawi melaporkan kedua-dua mangsa tidak tersepit dalam kenderaan dan segera dikeluarkan oleh pihak bomba.

Katanya, mangsa maut yang duduk di bahagian penumpang hadapan itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, pemandu yang tercedera pula dibawa ke hospital berdekatan menggunakan ambulans KKM.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan