Polis serbu pusat operasi GISB Holdings di Rawang

PUTRAJAYA – Polis Kontinjen Selangor, menyerbu kawasan pusat perniagaan yang sebahagian besarnya dimiliki oleh rangkaian GISBH, di Bandar Country Homes, Rawang, awal pagi tadi.

Serbuan dibuat jam 6.30 pagi oleh 50 pegawai dan 200 anggota Polis Kontinjen Selangor dan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) serta dibantu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Antara pusat perniagaan yang diperiksa adalah restoran, bengkel kereta, kedai pakaian terpakai, pencetakan, pasar raya, kedai bakeri, pusat khidmat media, hotel, butik, galeri dan bentuk perniagaan lain yang semuanya menggunakan nama GISBH.

Setakat jam 8.30 pagi tadi, pihak polis dilihat sedang melakukan pemeriksaan terhadap individu termasuk sebahagian kanak-kanak di lokasi sama.

Pihak MPS dilihat turut melakukan kerja merobohkan struktur GISBH yang dibina secara salah selain menyita beberapa premis perniagaan.

Pada masa sama juga hampir keseluruhan kawasan di pusat perniagaan Jalan Desa, Bandar Country Homes ditutup.

Related Posts

Isu binaan haram dan kepentingan negara

RAMAI mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) begitu tegas terhadap para pendemo berkaitan isu kuil haram. Ada yang menafsirkannya sebagai sikap keras terhadap kebebasan bersuara. Namun tafsiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Realiti ekonomi Terengganu: Angka besar belum tentu ubah nasib rakyat

POSTER propaganda yang mendakwa Terengganu kini ‘bersih, telus dan maju tanpa rasuah’ mungkin kelihatan meyakinkan di atas kertas. Angka untung ratusan juta, hutang berkurang dan pengiktirafan indeks ketelusan digunakan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang