Wanita bersenjatakan pistol mainan larikan gelang emas RM10,000

ALOR GAJAH – Polis memburu dua suspek termasuk seorang wanita yang disyaki melarikan dua utas gelang emas bernilai RM10,000 dari sebuah kedai emas di sini pada tengah hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, panggilan kecemasan diterima melalui talian MERS 999 pada pukul 12.50 tengah hari memaklumkan kes kecurian telah berlaku di sebuah kedai emas di Jalan Pasar.

Katanya, hasil soal siasat pengadu yang juga merupakan anak pemilik premis memaklumkan, sebelum kejadian suspek wanita telah masuk ke dalam kedai dan berpura-pura ingin melihat gelang tangan emas.

“Pada mulanya pengadu telah serahkan seutas gelang tangan emas yang ingin dilihat suspek dan kemudiannya menyerahkan seutas lagi gelang tangan lain.

“Suspek yang memegang dua gelang emas itu tiba-tiba bangun dari kerusi dan terus berlari masuk ke dalam sebuah Toyota Yaris di hadapan kedai yang di dalamnya ada seorang lelaki sedang menunggu,” katanya.

Tambahnya, ketika suspek bangun dari kerusi, pengadu mendakwa telah terlihat sepucuk pistol disyaki pistol mainan di dalam bag tangan wanita terbabit.

“Premis tersebut bagaimanapun tidak mempunyai rakaman televisyen litar tertutup, namun pihak polis sedang mendapatkan rakaman yang ada di kawasan di luar kedai berkenaan.

“Empat cap jari telah berjaya ditimbulkan dan akan dihantar untuk pengesanan. Kerugian dialami sekitar RM10,000 melibatkan gelang tangan bentuk kait satu stamping berat lebih kurang 15.83 gram dan gelang tangan bentuk dunhill vencon stamping anggaran berat 13.43g,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

KOTA KINABALU – Usaha memperkasa usahawan wanita muda kini diperluas di utara Sabah menerusi penganjuran Program Memperkasa Usahawan Wanita Muda Sabah: Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi yang akan berlangsung pada 23…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

BUKIT GANTANG – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan projek perintis pelantikan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas pegawai tentera dan polis di dua buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET