Suami bakar, bunuh isteri dipenjara 30 tahun

MELAKA – Mahkamah Tinggi Ayer Keroh pada Rabu menukarkan hukuman gantung sampai mati kepada penjara 30 tahun terhadap seorang pengganggur diatas kesalahan membunuh dengan cara membakar isterinya menggunakan petrol, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan tertuduh, A Ganesh, 51, dan mensabitkannya seperti pertuduhan pada perbicaraan kes pendakwaan.

Anselm berkata, mahkamah meneliti fakta kes, keterangan 13 saksi pendakwaan setakat ini dan hujah pihak pendakwaan serta pembelaan.

“Selepas meneliti keseluruhan keterangan 13 saksi pendakwaan, fakta kes dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun bermula tarikh tangkapan pada 29 April 2019 adalah memadai dikenakan ke atas tertuduh,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nabilalif Mohd Rosli berkata, sebutan kes hanya untuk sambung bicara, namun peguam GM Bernard George memaklumkan bahawa tertuduh telah menukar pengakuan.

Dalam rayuannya, peguam memohon tertuduh dihukum penjara dan bukan di gantung sampai mati kerana tertuduh sudah insaf dan kesal diatas kesalahan yang dilakukannya akibat mengesyaki isterinya berlaku curang.

Ganesh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian S Vijeyanthy di bilik utama rumah di Taman Krubong Permai, Tanjung Minyak, pada 29 April 2019, kira-kira 5.30 pagi.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke zon merah dan bedah siasat mengesahkan kematiannya akibat komplikasi luka bakar yang teruk, manakala bomba melaporkan punca kebakaran disengajakan dan ada bahan penggalak iaitu petrol.

Related Posts

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

PADANG BESAR – Polis merampas 31.6 tan kaki ayam dan 10.2 tan hati ayam beku dalam serbuan ke atas sebuah gudang penyimpanan haram barangan sejuk beku di kawasan Perindustrian Padang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

KOTA KINABALU – Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah proaktif dalam memperkukuh peranan wanita di bidang politik menerusi penganjuran Bengkel Pengucapan Awam & Iltizam Wanita Sabah. Ketua Wanita PH Sabah, Jannie…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif