
BINTANGOR– Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, menyeru agar kerajaan dan masyarakat berganding bahu dalam memberikan peluang yang adil kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam semua aspek kehidupan termasuk pendidikan, pekerjaan, dan kemudahan awam.
Ding menekankan betapa pentingnya kerjasama semua pihak untuk memastikan golongan OKU tidak dipinggirkan dan sentiasa diberikan perhatian yang sewajarnya.
“Majlis ini bukan hanya menghargai dan mengiktiraf sumbangan golongan OKU, tetapi juga meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat berkenaan cabaran dan keperluan mereka,”
“Beliau juga menyeru supaya semua pihak terus bekerjasama dan menyokong inisiatif yang dirancang untuk golongan OKU,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Bahagian Sarikei 2024 di PDK Daerah Meradong,
Sementara itu, Ding turut menyampaikan sumbangan kepada 27 OKU bahagian Sarikei yang terdiri daripada PDK Sarikei, PDK Meradong, PDK Pakan, dan PDK Julau.
Turut hadir wakil Pegawai Kebajikan Bahagian Sarikei, Mu Adzam Has, Pengerusi PDK Daerah Meradong, Abg Mohd Selanie Abg Abdul Razid, serta tetamu jemputan lain.