Wan Rosdy dilantik Penasihat Khas PMKS

KUANTAN – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilantik sebagai Penasihat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Perdana Menteri mengumumkan perkara itu ketika berucap pada sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat Pahang di Pantai Batu Hitam, dekat Beserah, malam tadi.

Anwar berkata, Wan Rosdy akan membantunya untuk menyantuni dan memartabat usahawan Bumiputera di seluruh negara.

“Hubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sangat baik. Gunakan peluang itu, jawatan ini tidak ada elaun.

“Kita bagi dia (Wan Rosdy) kemudahan dengan bebas menjelajah seluruh negara. Semangat orang Pahang luar biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan sentiasa berusaha menyelesaikan masalah dihadapi rakyat, terutama dengan menaikkan gaji penjawat awam dan menyalurkan bantuan kewangan.

“Setiap bulan kita menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memberi manfaatkan kepada sembilan juta orang,” katanya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Wan Rosdy; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian Datuk M Nasir, Mawi, Nadeera Zaini, Hael Husaini dan Daiyan Trisha.

Related Posts

Boleh ambil tindakan undang-undang kes objek jatuh dari angkasa

PUTRAJAYA – Malaysia boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya objek yang jatuh dari angkasa mengancam keselamatan negara, termasuk menyebabkan kecederaan kepada rakyat atau kerosakan harta benda. Bagi insiden membabitkan dalam negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Ibrahim berkenan tandatangan RUU Antibuli 2026

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026 di Istana Bukit Tunku, hari ini. Akta itu digubal dan diluluskan di Parlimen pada 3 Disember lalu, bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar