Rakyat perlu tahu fakta sebenar layanan terhadap negeri pembangkang

KUANTAN – Rakyat harus didedahkan dengan fakta agar mereka tidak terus terpukau dengan pakaian (penampilan) dan janji palsu pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun sudah berulang kali menafikan menganaktirikan negeri Terengganu dalam hal berkaitan wang ihsan, namun pembangkang masih terus memaki hamun kerajaan.

“Jadi kesempatan ini, saya nak terangkan betul-betul… (mereka kata) Terengganu anak tiri… Terengganu (dapat) lebih tinggi daripada (zaman) Perikatan Nasional (PN) memerintah.

“Msalah banjir di Pahang kita bantu, Kelantan kita bantu dengan kos tertinggi dengan masalah banjir, saya tak peduli dia negeri Pas.

“Tapi mereka hamun kita, kata kita zalim… kata kita tak bagi wang ihsan. Kita bagi macam-macam,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Pahang di Pantai Batu Hitam, dekat Beserah, malam tadi.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Kira-kira 30,000 penduduk sekitar bandar raya Kuantan hadir pada majlis itu.

Dalam ucapan sama, Anwar mengumumkan pelantikan Wan Rosdy sebagai penasihat khas kepada Majlis Pembangunan Usahawan Kebangsaan.

“Jawatan ini tidak ada elaun… kita bagi dia kemudahan dngan bebas jelajah seluruh negara.

“(Wan Rosdy) tak pernah minta projek untuk dia. Dia bawa dalam mesyuarat Persekutuan, KSU (ketua setiausaha) ada semuanya, KSP (ketua setiausaha perbendaharaan)… itu untuk pastikan PM (Perdana Menteri), pemimpin kerajaan dengar keluhan rakyat Pahang dan cari jalan untuk selesaikan maslah,” jelasnya.

Anwar dalam masa sama mengingatkan kepada pihak yang mendakwa kerajaan tidak menunaikan janji.

“Mana ada negara selesaikan masalah semua sekali… kita cuba sedaya upaya kita.

“Ada orang kata kita janji tak tunaikan. Ramai penjawat awm hadir hari ini… 12 tahun tak kaji (skim gaji).

“Saya bertanggungjawab (dengan) Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) tambah… tingkatkan gaji mereka, siapa kata kita tidak buat apa-apa?

“Tiap-tiap bulan kita dapat SARA (Sumbangan Asas Rahmah), STR (Skim Tunai Rahmah…) (Skim) Tunai Rahmah cecah sembilan juta penerima… bagaimana kata tidak dapat apa-apa,” katanya.

Related Posts

Masjid perlu kekal bebas elemen politik

PUTRAJAYA – Masjid perlu kekal berperanan sebagai institusi penyebaran agama dan ilmu serta tidak wajar dikaitkan dengan sebarang aktiviti atau pengaruh politik kepartian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif ‘smart lane’ berjaya kurangkan kemalangan

PUTRAJAYA – Pelaksanaan ‘smart lane’ di lebuh raya menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan di beberapa lokasi utama, membuktikan keberkesanan inisiatif itu dalam meningkatkan tahap keselamatan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi