BEIJING – Kementerian Perdagangan China memaklumkan bahawa negara itu memfailkan saman terhadap Amerika Syarikat (AS) menerusi mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) susulan langkah terbaharu Washington menaikkan tarif ke atas produk China, lapor Xinhua.
AS pada Khamis mengumumkan kenaikan lanjut apa yang digelar sebagai ‘tarif timbal balik’ ke atas barangan keluaran China.
Menurut jurucakap kementerian itu, langkah tarif AS adalah tindakan buli dan paksaan secara unilateral yang jelas melanggar peraturan WTO.
Selain itu, ia juga menjejaskan sistem perdagangan multilateral berasaskan peraturan serta order ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
“China akan terus mempertahankan hak dan kepentingan sahnya serta bertegas mempertahankan sistem perdagangan multilateral dan order ekonomi dan perdagangan antarabangsa,” katanya.
China turut menggesa AS supaya segera membetulkan tindakannya dan membatalkan semua langkah tarif unilateral yang dikenakan ke atas produk China, menurut jurucakap itu.







