Wan Ahmad Farid Ketua Hakim Negara baharu?

PUTRAJAYA – Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilihat sebagai nama paling ‘hangat’ disebut sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

Beliau yang kini berusia 63 tahun, adalah anak kelahiran Terengganu dan pernah bergiat aktif dalam bidang politik sebelum menyertai bidang kehakiman.

Wan Ahmad Farid dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada Disember 2015.

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat pada Ogos 2019 sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.

Sejak November tahun lalu, Wan Ahmad Farid dilantik sebagai seorang hakim kanan di Mahkamah Rayuan.

Pelantikan Wan Ahmad Farid ini dilihat sebagai ‘legasi tidak dirancang’ memandangkan Ketua Hakim Negara sebelum ini, Tun Tengku Maimun Tuan Mat juga anak kelahiran Pantai Timur.

Tengku Maimun menamatkan perkhidmatan awal bulan ini selepas mencatat sejarah tersendiri sebagai wanita pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta