Tak perlu RCI badan kehakiman, ia cuma polemik pihak mahu Tengku Maimun disambung

PUTRAJAYA – Tiada keperluan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman ditubuhkan kerana dasar sedia ada telah menetapkan mekanisme semak dan imbang yang menyeluruh, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, Artikel 122B Perlembagaan dengan jelas memperuntukkan pelantikan hakim dibuat Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas rundingan bersama Majlis Raja-Raja.

Menurutnya, Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 juga bukanlah satu peruntukan undang-undang yang mengikat dalam menentukan pelantikan hakim dan hanya berperanan  menapis, menilai serta mencadangkan nama-nama calon kepada Perdana Menteri.

“Walaupun Yang di-Pertuan Agong akan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda akan mengadakan rundingan terlebih dahulu bersama Majlis Raja-Raja sebelum membuat sebarang keputusan, bukan secara bulat-bulat ambil pandangan Perdana Menteri.

“Perdana Menteri pula hanya melakukan rundingan, meminta pandangan Ketua Hakim, jika perlantikan itu selain jawatannya. Walaupun kita lihat ada peruntukan JAC menyatakan  nama yang dicadangkannya kepada Perdana Menteri, nama itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong namun kalau ia ditafsir mengikat Perdana Menteri, maka peruntukan itu bercanggah dengan perlembagaan dan terbatal.

“Perlembagaan tidak memberi mandat kepada orang lain untuk mengikat budi bicara Perdana Menteri. Tidak sebut pun kena ikut nasihat JAC. Yang ada Perdana Menteri berunding bersama Ketua Hakim, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak dalam kes masing-masing bagi mendapat pandangan,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Sehubungan itu, Wan Ahmad Fauzi berkata, isu tersebut dilihat sengaja dibangkitkan oleh pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh meskipun pelantikan jawatan kehakiman telah diperuntukkan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berpandangan, polemik tersebut menjadi semakin hangat apabila
wujud desakan terselindung yang mahu perkhidmatan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat disambung.

“Ada pihak melihat bahawa banyak keputusan yang dibuat oleh Tengku Maimun sebelum ini memihak kepada sebahagian pihak tertentu. Mereka melihat sikap Tun Maimun terhadap Basic Structure Doctrine, sehaluan dengan cita rasa mereka.

“Pada penglihatan rakyat, seolah-olah wujud dua aliran dalam kalangan hakim, satu kumpulan menyokong doktrin ‘basic structure’ yang diketuai Tengku Maimun, satu lagi menolak. Bagi kumpulan yang menyokong kumpulan doktrin ‘basic structure’, mereka mahu Hakim yang meneruskan agenda tersebut.

“Justeru, ia lebih dipolemik kerana ada pihak yang berkepentingan. Dari sudut perlembagaan tiada krisis pun. Jika benar tidak mahu ada campur tangan eksekutif, maka pinda perlembagaan. Selagi tidak dipinda, ia kekal begitu. Maka tuduhan bahawa wujud campur tangan Perdana Menteri adalah tidak berasas,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fauzi menegaskan bahawa kelewatan dalam pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan juga tidak wajar dijadikan polemik berikutan Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan telah memperincikan individu yang boleh melaksanakan fungsi Ketua Hakim atau Presiden Mahkamah Rayuan sekiranya berlaku kekosongan.

“Isu seperti ini dulu tidak pernah dipolemikkan oleh pihak yang sama walaupun nasihat Perdana Menteri tidak merujuk Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

“Contohnya pelantikan Tun Tengku Maimun sebelum ini pun berlaku atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah, Tan Sri Tommy Thomas pernah sebut bahawa pelantikan itu bukan saranan daripada JAC. Tapi waktu itu tidak bising seperti sekarang,” katanya.

Mengulas mengenai keperluan sebenar penubuhan RCI, beliau berpandangan siasatan lebih wajar difokuskan terhadap integriti penghakiman, khususnya dalam kes-kes yang mencabar kedudukan Perlembagaan

“Kalau nak buat RCI ini, siasat hakim-hakim yang bersumpah di bawah jadual keenam yang sepatutnya mempertahankan, melindungi, memelihara perlembagaan tetapi mereka tidak menyempurnakan kewajipan.

“Pada masa sama, siasat juga terhadap penghakiman yang mengambil pakai doktrin luar yang tidak diiktiraf oleh Perlembagaan. Itu lebih lebih relevan untuk dilaksana RCI berbanding siasat minit mesyuarat JAC,” katanya.

Related Posts

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilihan UMNO selepas PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO akan menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini dan akan dilaksanakan selepas diadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

PDRM jamin keselamatan PRK Kinabatangan, Lamag terkawal

  • By Fandi
  • January 16, 2026
PDRM jamin keselamatan PRK Kinabatangan, Lamag terkawal

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN