Wajar gubal RUU atasi buli secara total di sekolah

PUTRAJAYA – Kerajaan disaran menggubal undang-undang baharu yang komprehensif dan berkesan bagi mengatasi kes buli, khususnya pelajar di sekolah berasrama.

Jurucakap Gerakan Guaman Rakyat (Gegar) menerusi kenyataan berkata, terdapat keperluan mendesak berikutan kematian kes pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir menimbulkan persoalan besar mengenai keselamatan pelajar dan ketelusan sistem keadilan.

Menurutnya, undang-undang dan garis panduan sedia ada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilihat tidak memberikan perlindungan komprehensif kepada pelajar berasrama.

“Antara kelemahan dikenal pasti ialah ketiadaan Akta Perlindungan Pelajar dan Sekolah Berasrama (APPSB) yang mewajibkan audit keselamatan dan kebajikan tahunan oleh badan bebas.

“Ini kerana garis panduan sedia ada yang hanya bersifat pentadbiran tanpa kuasa undang-undang jelas serta ketiadaan pelaporan mandatori bagi semua kes penderaan, buli atau pengabaian.

“Kekurangan ini membolehkan sesetengah kes diselesaikan secara dalaman oleh pihak sekolah, sekali gus membuka ruang kepada pengabaian atau cubaan menutup kes,” kata menerusi kenyataan, pada Ahad.

Mengulas lanjut, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berkata, pihaknya turut menzahirkan kebimbangan terhadap laporan peguam keluarga arwah bahawa terdapat kelemahan dalam pengurusan bukti awal.

“Perkara itu termasuk pakaian, barangan peribadi Allahyarhamah yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada siasatan forensik. Jika benar, ia menunjukkan kegagalan mematuhi prosedur siasatan ketat, akhirnya boleh menjejaskan keyakinan awam terhadap sistem keadilan,” katanya.

Sehubungan itu, Gegar menyeru kerajaan segera melaksanakan dua reformasi utama iaitu pengenalan Akta Perlindungan Pelajar dan Sekolah Berasrama (APPSB) serta Rang Undang-Undang Koroner.

Katanya, APPSB mewajibkan audit keselamatan tahunan oleh badan bebas di semua sekolah berasrama, pelaporan mandatori semua kes penderaan, buli atau pengabaian serta hukuman tegas kepada pihak yang gagal membuat laporan.

“Rang Undang-Undang Koroner pula penting bagi penubuhan koroner bebas untuk menyiasat kematian mencurigakan secara profesional dan telus serta mewujudkan standard forensik kebangsaan bagi memastikan pengurusan bukti dijalankan mengikut piawaian tertinggi.

“Justeru, kes ini adalah peringatan bahawa ketelusan bukan sekadar pilihan, tetapi syarat asas mencapai keadilan. Gegar akan terus memantau perkembangan kes, beri sokongan kepada keluarga dan mendesak pembaharuan undang-undang agar setiap nyawa yang hilang mendapat siasatan adil dan bermaruah,” katanya.

Related Posts

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI komited memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah terus diberi perhatian melalui pelaksanaan dasar serta bantuan yang lebih berkesan di peringkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

TIMBALAN Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur kenyataan berkaitan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang mengelirukan susulan ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang