Naskah edisi pertama ‘The Hobbit’ terjual pada harga RM245,000

LONDON – Naskhah edisi pertama yang jarang ditemukan bagi buku ‘The Hobbit’ karya JRR Tolkien yang dijumpai ketika pembersihan rumah, terjual pada harga 43,000 pound sterling (kira-kira RM245,000) dalam satu acara lelongan, di sini, baru-baru ini, lapor The Guardian.

Dibeli oleh seorang pengumpul peribadi di United Kingdom (UK), buku itu adalah satu daripada 1,500 naskhah asal novel fantasi diterbitkan pada 1937.

Daripada jumlah itu, hanya ‘beberapa ratus dipercayai masih ada’, menurut rumah lelongan Auctioneum yang menemukan novel itu tanpa sarung di sebuah rak buku di sebuah rumah di Bristol.

Pembida dari seluruh dunia menaikkan harga sehingga lebih empat kali ganda daripada jangkaan rumah lelongan itu.

Pakar buku di Auctioneum, Caitlin Riley berkata, Ia adalah satu keputusan menakjubkan bagi sebuah buku yang sangat istimewa.

Riley menambah, tiada siapa yang tahu ia ada di situ pada awalnya.

“Ia hanyalah sebuah rak buku biasa sahaja. Pada pandangan pertama, ia jelas kelihatan seperti sebuah naskhah awal ‘The Hobbit’, jadi saya terus menariknya keluar dan mula membeleknya tanpa menyangka ia adalah edisi pertama yang sebenar,” katanya.

Naskhah itu dijilid dengan kain hijau muda dan memaparkan ilustrasi hitam putih oleh Tolkien yang mencipta alam semesta Middle-earth ketika menjadi profesor di Universiti Oxford.

Buku itu diwarisi dalam perpustakaan keluarga Hubert Priestley, seorang ahli botani yang mempunyai kaitan dengan universiti itu dan abang kepada penjelajah Antartika serta ahli geologi, Sir Raymond Edward Priestley.

Menurut Auctioneum, kemungkinan besar kedua-dua lelaki itu ‘saling mengenali’ dan menyatakan Priestley serta Tolkien pernah berutus surat dengan rakan penulis mereka, CS Lewis, yang juga berada di Universiti Oxford.

‘The Hobbit’ yang diikuti oleh ‘The Lord of the Rings’ sudah terjual lebih 100 juta naskhah dan diadaptasi menjadi trilogi filem pada dekad 2010-an.

Edisi pertama ‘The Hobbit’ dengan nota tulisan tangan oleh Tolkien dalam bahasa Elvish – sekumpulan bahasa rekaan – sudah dijual pada harga 137,000 pound sterling (kira-kira RM781,000) menerusi lelongan Sotheby’s pada 2015.

Related Posts

Ahli Parlimen EU desak sekatan hak asasi terhadap Menteri Israel

AHLI Parlimen Eropah (MEP) dari Itali, Danilo Della Valle, mendedahkan bahawa beliau bersama 28 ahli parlimen yang lain telah menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan hak asasi manusia terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GSF sahkan semua kapal bantuan Gaza dirampas tentera rejim Zionis

PENGANJUR misi kemanusiaan ke Gaza, Global Sumud Flotilla (GSF), mengesahkan kesemua kapal dalam konvoi bantuan mereka telah dirampas oleh tentera rejim Zionis Israel pada Selasa. Menerusi satu kenyataan di aplikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman