Tiga beranak ditahan bantu siasatan kes edar ganja

KOTA BHARU – Polis Kelantan berjaya menumpaskan sindiket pengedaran ganja yang aktif sejak 2023 selepas menahan dua beradik tiri di Kampung But, dekat Ketereh, Selasa lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu, polis turut menahan seorang wanita yang juga ibu kepada suspek lelaki berusia 23 tahun.

Seorang lagi suspek lelaki berusia 34 tahun yang ditahan dalam operasi khas itu adalah anak tiri kepada wanita terbabit.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, hasil pemeriksaan di dalam rumah terbabit menemui 35 kilogram ganja bernilai RM299,590.

“Kami juga merampas sepucuk pistol serta 16 butir peluru yang dianggarkan bernilai RM5,000 hasil pemeriksaan di kediaman itu.

“Kenderaan jenis BMW dan Mercedes-Benz, sebuah Perodua Bezza serta kenderaan pelbagai guna jenis Naza Ria – dipercayai milik suspek – disita bagi tujuan siasatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, hari ini.

Mohd Yusoff berkata, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM420,000 dan hasil ujian air kencing dijalankan terhadap dua suspek lelaki mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin.

Beliau menambah, modus operandi sindiket ini adalah menggunakan rumah sebagai tempat menyimpan dadah sebelum diedarkan kepada pelanggan menggunakan perkhidmatan kurier.

“Semua suspek direman selama tujuh hari bermula Rabu hingga Selasa ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Related Posts

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

KOTA KINABALU – Sabah melangkah lebih dekat ke era digital penuh apabila CTS Horizon Sdn. Bhd. menyatakan komitmen mereka untuk memperkukuh infrastruktur telekomunikasi dan keterhubungan negeri ini. Timbalan Ketua Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

KOTA KINABALU – Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 negeri ini menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila mampu bersaing dengan negeri-negeri lain. Pengarah Pendidikan Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

Pembantu kedai kopi tak mengaku khianat rempuh 12 kenderaan di George Town

Pembantu kedai kopi tak mengaku khianat rempuh 12 kenderaan di George Town