VOP akan selesai dalam sebulan – Ahmad Maslan

KOTA BHARU – Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan binaan susulan penyasaran subsidi diesel akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, satu perbincangan akan diadakan dalam masa terdekat bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah serta yang terlibat untuk membincangkan mengenai peratusan VOP berkenaan.

“Pasukan daripada Kementeriannya telah bertemu dengan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Setiausaha Kebendaharaan serta Pengarah Belanjawan Negara untuk berbincang mengenai pelaksanaan VOP.

“Dalam pertemuan itu, pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) memohon agar diberi pertimbangan mengenai VOP kepada kontrak-kontrak yang dilaksanakan sebelum pengumuman penyelarasan subsidi diesel.

“Malah, baru-baru ini juga kita dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan bersetuju dan akan ada perbincangan dalam masa terdekat untuk membincangkan mengenai peratusan VOP yang akan diberikan melada kontraktor yang terlibat dalam projek sebelum penyelarasan subsidi diesel,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Kontraktor Generasi Baru di Hotel Grand Renai di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, perkara itu juga seharusnya tidak timbul dalam kalangan kontrak yang menjalankan projek sebelum penyelarasan subsidi diesel kerana ianya telah termasuk dalam harga yang ditawarkan.

“VOP itu sudah tentunya termasuk dalam harga yang kita tawarkan dalam keputusan SST (surat setuju terima) dan dokumen kontrak jadi ianya tidak berbangkit kepada kontrak-kontrak selepas penyelarasan subsidi,”

Justeru katanya, pihak kerajaan sedaya upaya akan berusaha untuk melaksanakan VOP itu dahulu berbanding memberi subsidi tambahan kepada jentera-jentera berat yang melibatkan sektor pembinaan.

“Saya ingin maklumkan subsidi diesel yang diberikan oleh Kerajaan kepada rakyat sebelum ini adalah sebanyak RM14 bilion. Sekarang kita cuma tarik RM4 bilion subsidi yang sepatutnya diberikan kepada rakyat… kita masih berikan RM10 bilion.

“Oleh itu, setakat ini kita akan berusaha untuk melaksanakan VOP ini. Kalau diberi subsidi lagi kepada jentera-jentera berat yang melibatkan sektor pembinaan penjimatan (subsidi) itu tidak akan capai RM4 bilion,” katanya.

Related Posts

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dengan segera bagi mengimbangi impak lonjakan harga diesel yang semakin memberi kesan rantaian pelbagai peringkat. Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis