KPKM pastikan kebajikan pesawah sentiasa terjaga

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan kerajaan sentiasa memastikan kebajikan pesawah terjaga dengan pemberian subsidi dan insentif dari semasa ke semasa.

Antara program pemberian subsidi dan insentif yang KPKM masih dikekalkan ialah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP).

Walau bagaimanapun, pelaksanaan program SBPKP dan SIPP ini tidak akan melibatkan kawasan yang telah terpilih di bawah Program Rintis.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, KPKM memaklumkan kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi Projek Rintis melalui inisiatif Belanjawan 2024.

Projek ini melibatkan pakej pembekalan, penghantaran dan perkhidmatan aplikasi secara terus untuk baja sebatian, baja bio berserta baja organik di empat negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Terengganu dan Kelantan.

Melalui projek ini, pembekalan baja dilaksanakan secara pembajaan tepat dan khusus berdasarkan maklumat ‘soil profiling’ yang telah disyorkan oleh Jabatan Pertanian mengikut status kesuburan tanah di kawasan yang telah dikenal pasti.

Pembekalan baja berdasarkan mengikut keperluan tanah serta penggunaan baja bio dan organik dalam penanaman padi di kawasan terpilih merupakan langkah permulaan kerajaan dalam usaha memulih dan meningkatkan kesuburan tanah yang sekaligus menyumbang kepada peningkatan hasil pengeluaran padi dan beras negara.

Related Posts

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

PUTRAJAYA – Cadangan pemberian subsidi minyak kepada pusat kebajikan wajar dipertimbangkan bagi membantu melancarkan operasi harian institusi berkenaan. Perkara ini dilihat susulan peningkatan kos bahan api sejak kebelakangan ini yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese