Dr Akmal tuntut pendirian PAS berkait lompat parti

PEMUDA UMNO menempelak PAS apabila menerima ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang melompat parti.

Mana tidaknya, ketika Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memutuskan enam kerusi Bersatu tidak dikosongkan baru-baru ini, pemimpin Perikatan Nasional (PN) begitu lantang membantah keputusan berkenaan.

Tindakan Johari itu juga mengundang kecaman daripada pimpinan PN dan penyokong-penyokongnya.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh berkata, PN marah apabila ada wakil rakyat di pihak mereka ‘melompat’ tetapi boleh menerima wakil rakyat daripada parti lain.

Justeru, beliau menuntut pendirian pimpinan PAS yang seolah-olah bersetuju dengan tindakan melompat parti.

“Sebab itulah saya marah itu hari antara tindakan Speaker… sebab inilah saya kata apabila kita membenarkan lompatan-lompatan sebegini rupa”.

“Jadi saya nak tanya pada orang-orang PAS dan orang PN apakah pendirian kamu tentang katak-katak politik ini? Adakah kamu setuju atau pun kamu tak setuju? Jawab!” tegasnya.

Reaksi ADUN Merlimau yang juga Exco Kerajaan Melaka itu diberikan melalui sebuah video yang tersebar di media sosial.

Beliau turut menjangkakan akan ada PRK di DUN Rembia kerana Muhammad Jailani sebelum ini bertanding atas tiket BN.

“Baru-baru ini ada kenyataan media oleh Setiausaha Agung PAS bahawa ADUN Rembia yang dulunya menang atas tiket BN hari ini sudah menjadi ahli PAS… maksudnya dah lompat partilah… jadi akan ada PRK di DUN Rembia..,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Jailani sah menjadi ahli PAS selepas perkara itu diumumkan Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun menurut Takiyuddin, tindakan Jailani melompat parti tidak akan menjejaskan kedudukan ADUN terbabit.

Hal itu kerana katanya, DUN Melaka belum lagi menguatkuasakan undang-undang antilompat parti semasa Jailani menyertai PAS.

Related Posts

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16