Lelaki ditemukan mati mengejut di pusat beli-belah

KUCHING – Seorang lelaki tempatan berusia 60-an ditemukan dalam keadaan tidak sedar diri di pusat beli-belah di Kuching.

Menurut kenyataan rasmi Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam dan segera menghantar pasukan dari Balai Polis Sentral Kuching ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari kawasan tempat letak kereta pusat beli-belah tersebut,” jelas beliau.

Tambah beliau, pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk proses bedah siasat,” kata beliau.

Ujar beliau, pihak polis membuka satu kertas siasatan Mati Mengejut (SDR) untuk menyiasat kejadian ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Marshall Ajin di talian 012-8088195 atau Balai Polis Sentral di talian 010-5065654.

Related Posts

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

LIMBANG – Pelaksanaan Projek Hopecare ‘Basic Of Life’ Limbang Rural Water Project disifatkan sebagai satu inisiatif amat signifikan dalam usaha memastikan akses kepada bekalan air bersih dan selamat dapat dinikmati…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang daripada dua batu nautika dari daratan pada pukul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim