Visi ASEAN 2045 dasar berpaksi rakyat, penanda aras perancangan 20 tahun mendatang

KUALA LUMPUR – Pelancaran Visi ASEAN 2045: Masa Depan Kita Bersama yang dijangka akan diterima pakai oleh semua pemimpin ASEAN esok yang akan menjadi penanda aras kerjasama rantau itu bagi 20 tahun akan datang.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dasar itu bukan sekadar simbolik, namun permulaan usaha kolektif untuk membentuk masa depan dan mengesahkan komitmen semua negara ahli terhadap ASEAN yang aman, berdaya tahan serta berpaksikan rakyat.

Menurutnya, keperluan buat ASEAN untuk tidak mengambil pendekatan berdiam diri sebaliknya, bersuara lantang dalam isu-isu membabitkan keamanan, keadilan, kesamarataan, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.

“Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 ini memberi peluang untuk kita menempatkan nilai-nilai ini di pusat hala tuju ASEAN ke arah realisasi Visi 2045.

“Kejayaan visi ini bermula dengan usaha kita hari ini. Asas yang kita bina sekarang akan menentukan sama ada visi itu menjadi kenyataan atau sekadar impian,” katanya ketika berucap pada pembukaan Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM), pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohamad memaklumkan, ASEAN mempunyai kekuatan iaitu daripada kepelbagaian dan keyakinan bahawa perbezaan bukan pemisah, tetapi menjadi batu asas untuk membina jambatan ke arah persefahaman yang lebih baik.

“Dunia sedang memerhati, namun yang lebih penting, rakyat sedang bergantung harap kepada kita. Marilah kita melangkah ke hadapan dengan kejelasan, perpaduan dan matlamat yang teguh.

“Masa depan ASEAN bergantung kepada pilihan yang kita buat hari ini dan Malaysia akan melakukan segala usaha untuk memastikan Kepengerusian ASEAN dalam memajukan visi bersama ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad menegaskan, ASEAN juga perlu berfikir secara kritikal untuk menyumbang secara membina dan positif kepada perkembangan global termasuk menyuarakan pendirian tegas sebagai satu suara dalam isu-isu tersebut.

Ini kerana, katanya, krisis di seluruh dunia masih berterusan termasuk sekatan penuh ke atas Gaza oleh tentera Israel yang menyebabkan kebuluran dan kematian ramai penduduknya.

“Kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin mencerminkan sikap tidak peduli dan dwistandard. Ini adalah hasil daripada penghakisan terhadap kesucian undang-undang antarabangsa.

“ASEAN tidak boleh terus berdiam diri. Kita ada suara di pentas dunia, dan kita mesti menggunakannya untuk membela yang tertindas serta menawarkan penyelesaian berlandaskan prinsip dan undang-undang antarabangsa,” katanya.

Dalam masa sama, Mohamad berkata, ASEAN juga harus menjadi contoh berbeza dengan membawa model berteraskan dialog, kerjasama dan multilateralisme di sebalik dunia yang semakin berpecah-belah.

“ASEAN juga merupakan rantau yang berlakunya pertembungan geopolitik, ekonomi dan keselamatan dengan tekanan luaran semkain meningkat serta cabaran dihadapi lebih kritikal berbanding sebelum ini.

“Kita mesti kekal sebagai peneraju kepada struktur rantau kita. Hanya ASEAN yang boleh bersuara bagi pihak Asia Tenggara.
Kepusatan ini akan terus diuji.

“Oleh itu, penting untuk kita memperkukuh hubungan antara kita agar tidak goyah dengan tekanan luar. Bagi ASEAN, perpaduan kini lebih penting berbanding sebelum ini,” katanya.

Related Posts

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

PUTRAJAYA – Lebih 600 hantaran di media sosial yang mengandungi maklumat palsu berkaitan krisis tenaga global dikesan sejak 29 Mac lalu hingga kini. Jurucakap Kerajaan MADANI merangkap Menteri Komunikasi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan

Penternakan babi di Selangor hanya di kawasan sesuai, jauh dari penempatan

Penternakan babi di Selangor hanya di kawasan sesuai, jauh dari penempatan