Penternakan babi di Selangor hanya di kawasan sesuai, jauh dari penempatan

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan menetapkan sebarang pembangunan penternakan babi di Selangor hanya boleh dipertimbangkan di kawasan baharu yang terletak jauh daripada penempatan penduduk serta sumber air kritikal, bagi memastikan isu pencemaran dan gangguan kepada komuniti dapat dielakkan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketetapan itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil kira sembah maklum daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah serta perbincangan bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

“Kerajaan Persekutuan juga berpendirian perlu ada penggunaan teknologi tinggi yang mampu mengurus isu sisa dan pencemaran dengan sangat baik,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Pada Februari lalu, Sultan Selangor bertitah tidak memperkenankan aktiviti penternakan babi dilaksanakan di mana-mana daerah di negeri itu.

Seiring dengan pendirian itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa aktiviti berkenaan tidak wajar diteruskan di kawasan yang menerima bantahan penduduk tempatan kerana berpotensi mencetuskan polemik.

Beliau turut berpandangan sekiranya tiada lokasi yang benar-benar sesuai, penternakan babi tidak perlu dilaksanakan khususnya di Selangor.

Susulan itu, Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk tidak lagi mengeluarkan lesen baharu bagi penternakan babi di negeri berkenaan selain menutup ladang sedia ada secara berperingkat.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi