[VIDEO] Selain banjir, penduduk Kg Dabak bimbang ancaman buaya

PENAMPANG – Bukan sahaja ancaman banjir bahkan kehadiran buaya turut menjadi kebimbangan para penduduk Kampung Dabak, di sini lebih-lebih ketika musim hujan.

Hal itu diluahkan menerusi komen-komen video yang dimuat naik menerusi akaun Facebook @Malcolm Yapp.

Video berdurasi  26 saat itu menunjukkan kehadiran reptilia pemangsa sepanjang dua meter naik ke permukaan tebing sungai berhampiran belakang kawasan perumahan penduduk.

Dikatakan kampung berkenaan sering terjejas banjir seterusnya keadaan itu sekali gus menyebabkan ketakutan penduduk kerana dikhuatiri turut mengundang buaya yang menghuni sungai berkenaan.

Sehubungan itu, menerusi ruang komen rata-rata warganet juga menzahirkan rasa bimbang dengan tahap keselamatan penduduk kampung akan pertambahan reptilia berkenaan.

Related Posts

Gerai haram dan usang dicantas MPKS

KOTA SAMARAHAN – Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) bertindak tegas menggempur struktur gerai penjaja yang dibina secara haram serta dibiarkan usang di sekitar Taman Desa Ilmu pada Rabu. Operasi pembersihan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

KUCHING – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkemaskan koordinasi pengurusan bencana di peringkat negeri menerusi satu mesyuarat penyelarasan yang diadakan di Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri (SDCC) pada Rabu. Sesi tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gerai haram dan usang dicantas MPKS

Gerai haram dan usang dicantas MPKS

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS