Penduduk Kampung Bertam perlukan mesin ATM, stesen minyak

GUA MUSANG – Penduduk Kampung Bertam hidup dalam kepayahan sejak puluhan tahun untuk mendapatkan kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan stesen minyak untuk kelangsungan hidup mereka.

Tinjauan The Malaysia Press mendapati penduduk mendakwa mereka perlu ke bandar Gua Musang sejauh lebih 50 kilometer (km) dan memandu hampir 45 minit untuk ke mesin ATM berhampiran.

Malah ada yang terpaksa menaiki bot sejauh 30 minit kemudian menaiki kereta api selama sejam semata-mata untuk mendapatkan kemudahan mesin ATM.

Stesen minyak terdekat pula sekitar 30 km dan ini menyebabkan penduduk sentiasa berdepan pelbagai masalah.

Mendengar keluh kesah seorang penduduk, Daud Mamat, 45, yang merupakan penduduk asal di sini berkata, setiap kali penduduk mahu mengeluarkan wang mereka perlu ke bandar Gua Musang disebabkan ketiadaan kemudahan itu.

“Rata-rata penduduk di sini terpaksa mengambil risiko dengan terpaksa keluar jauh demi mengeluarkan wang di mesin ATM berhampiran.

“Kami berharap sangat kemudahan ini dapat diselesaikan dengan segera dan inga juga dalam memudahkan kampung-kampung yang berhampiran untuk keluarkan wang sekiranya mesin ATM diadakan kerana ia amat diperlukan, katanya.

Sementara itu, Mazlan Ismail, 45, berkata, selain kemudahan ATM mereka juga memerlukan sebuah stesen minyak bagi mendapatkan bahan bakar untuk memudahkan penduduk kampung melakukan aktiviti harian.

Katanya, disebabkan kesukaran mendapatkan bahan bakar itu ianya dapat membantut urusan harian penduduk seperti mahu ke kebun selain menghantar anak-anak ke sekolah.

“Walaupun kita ada stesen minyak dterdekat namun ianya mengambil masa yang jauh sekitar 30 km dan ini menyebabkan penduduk sentiasa berdepan pelbagai masalah,”

“Malah, lebih menyedihkan lagi apabila stesen minyak desa ini sering terputus bekalan.

“Jadi kami berharap PRK DUN Nenggiri kali dapat memberikan khabar gembira kepada semua penduduk dan semoga harapan dan rintihan kami ini didengari,” katanya.

Sementara itu seorang lagi penduduk, Mohd Sharul Fahmi Ghazali turut sependapat mengenai perkara itu.

“Memang susahlah kalau kita penduduk kat sini untuk isi minyak kita perlu ke luar dulu baru dapat minyak. Jadi kami penduduk memang berharap sangat supaya stesen minyak ini diwujudkan demi kelangsungan penduduk di sini,” katanya.

Related Posts

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengundang pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

LIMBANG – Pelaksanaan Projek Hopecare ‘Basic Of Life’ Limbang Rural Water Project disifatkan sebagai satu inisiatif amat signifikan dalam usaha memastikan akses kepada bekalan air bersih dan selamat dapat dinikmati…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim