Uzbekistan tinjau peluang ekonomi, pendidikan di Perlis

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, berkenan menerima mengadap Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia, Karomiddin Gadoev di Kangar pada petang Isnin.

Turut berangkat adalah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bagi menyanguni kunjungan delegasi diplomatik dari Asia Tengah itu.

Dalam pertemuan tersebut, Karomiddin diiringi Kaunselor Perdagangan dan Ekonomi Kedutaan Uzbekistan di Kuala Lumpur, Mutalibjon Khojimurotov, menyatakan hasrat untuk menggalakkan kerjasama yang saling menguntungkan antara Perlis dan Uzbekistan.

Fokus utama adalah dalam sektor ekonomi dan pendidikan, termasuk peluang pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui, kimia, farmaseutikal, tekstil, perlombongan, metalurgi, dan industri makanan.

Beliau juga berharap untuk mengukuhkan kerjasama dalam sektor pendidikan melalui Universiti Malaysia Perlis dan Kolej Universiti Islam Perlis yang kini mempunyai pelajar dari Uzbekistan.

Untuk rekod, Tuanku Syed Sirajuddin pernah mengadakan lawatan rasmi ke Uzbekistan pada tahun 2003 semasa memegang tampuk pemerintahan sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia ke-12.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi