76 peratus syarikat bukan Muslim P.Pinang miliki sijil halal

SETAKAT Jun 2024, 76 peratus daripada pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di Pulau Pinang terdiri daripada syarikat bukan Muslim milik bukan Bumiputera dan milikan asing manakala bakinya dimiliki oleh syarikat Bumiputera Muslim.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, peratusan tinggi pemilikan sijil halal dalam kalangan syarikat bukan Muslim jelas menunjukkan bahawa kesedaran terhadap kepentingan pensijilan halal ini semakin meningkat.

Menurutnya, ia sekaligus membuktikan bahawa pensijilan halal Malaysia diyakini semua pihak tanpa mengira latar agama mahupun bangsa.

“Berdasarkan statistik SPHM Pulau Pinang daripada tahun 2008 sehingga Ogos 2024, ia jelas menunjukkan bahawa kesedaran dan permintaan pengguna terhadap produk serta perkhidmatan halal semakin meningkat saban tahun.

“Malah bermula November 2023, bagi menggalakkan permohonan pensijilan halal ini, kerajaan negeri turut mempercepatkan proses permohonannya daripada 90 hari kepada 30 hari bekerja,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah Mohamad yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, pengusaha yang mendapat pensijilan halal mempunyai kelebihan yang kompetitif dan dipercayai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“Berdasarkan laporan State of Global Islamic Economy (SGIE) 2023 yang dikeluarkan oleh Dinar Standards, Malaysia berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) 2023.

“Jika dilihat dari sudut ekonomi, industri halal Malaysia diunjurkan berkembang kepada 113.2 bilion dolar bersamaan RM500.4 bilion pada 2030, dengan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus menjelang 2025 menerusi Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030,” katanya.

Sebagai rekod, SPHM dilaksanakan berdasarkan standard yang dibangunkan oleh Jabatan Standard Malaysia berlandaskan Akta Standard Malaysia (Akta 549) 1996 iaitu menepati piawaian International Organization for Standardization (ISO).

Pensijilan halal Malaysia bagi kegunaan domestik, terbuka kepada sembilan skim permohonan melibatkan premis makanan, produk makanan dan minuman, produk kosmetik, produk farmaseutikal, produk barang gunaan, produk peranti perubatan, perkhidmatan logistik, rumah sembelihan dan pengilangan kontrak (OEM).

Selain itu, konsep pensijilan halal adalah suatu keperluan penting bagi memastikan standard kebersihan, keselamatan makanan, dan kepatuhan syariah dipenuhi, bukan sahaja untuk umat Islam tetapi juga buat pengguna bukan Islam.

Related Posts

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan akan terus bertindak proaktif dalam mendepani krisis global yang semakin mencabar dan kompleks. Menerusi hantaran di akaun rasmi beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal