Usul rujuk PM ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ditolak

SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, menolak usul yang dikemukakan oleh pihak pembangkang untuk merujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Usul tersebut dibentangkan susulan kenyataan Perdana Menteri berhubung isu tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan keputusan Kerajaan dalam isu kedaulatan Pulau Batu Puteh.

Pada 24 Julai lalu, pembangkang mengemukakan usul mendakwa Perdana Menteri cuba mengelirukan Dewan Rakyat apabila menyatakan bahawa Kabinet memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mahathir atas faktor usia.

Terdahulu, siasatan terhadap Mahathir berhubung keputusan untuk menarik balik semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2018 mendapati kemungkinan wujud unsur mempengaruhi Jemaah Menteri secara sengaja.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) turut menyatakan bahawa terdapat asas bagi siasatan jenayah dijalankan mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan mengesyorkan laporan polis dibuat terhadap Mahathir.

Bagaimanapun, permohonan usul untuk merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat atas alasan kenyataan yang dibuat adalah berdasarkan syor RCI.

Related Posts

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

ISU royalti petroleum kembali dipolemikkan seolah-olah wujud ketidakadilan besar terhadap negeri pengeluar seperti Terengganu. Namun, persoalan sebenar yang perlu ditanya bukanlah ‘berapa banyak negeri terima’, tetapi bagaimana sistem ini sebenarnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC