Ustaz Yusri ada aura wakil rakyat, insan yang ramah walau nampak ‘kerek’

TAPAH – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir dikenali ramai sebagai seorang yang ramah dan mudah mesra meskipun air mukanya kelihatan tegas.

Perkara itu diakui oleh rakan sejawatnya, Mohd Nor Bahari Baharudin, 58, mengenali Mohamad Yusri yang mesra disapa ustaz sejak sama-sama mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Toh Tandewa Sakti, Tapah sekitar tahun 90-an.

Menurutnya, di sebalik raut wajah yang serius, calon BN yang dikenali sebagai Ustaz Yusri cukup disenangi, berdedikasi, tidak bersikap sombong serta mudah didekati masyarakat setempat, selain sangat dikenali dalam kalangan guru seorang yang memiliki daya ingatan luar biasa.

“Kalau mereka yang tidak mengenali dia (Ustaz Yusri) mesti orang kata dia ini kerek (sombong), namun sebenarnya muka dia sahaja yang serius tetapi secara hakikinya, dia memang orang yang baik, ramah dan mudah mesra.

“Dia seorang rakan yang sangat suka membantu, kalau nak minta tolong, dia orang pertama akan ke hadapan. Banyak juga masalah-masalah kami dia bantu selesaikan. Ustaz Yusri juga tak mudah ditipu sebab ingatannya cukup kuat,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP),  pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohd Nor berkata, sebaik mengetahui Mohamad Yusri diumum sebagai calon BN, beliau berasa bangga dan yakin dengan kemampuan rakannya itu untuk mewakili rakyat di Ayer Kuning.

Beliau yang juga bekas guru Sains Komputer itu berpandangan, pemilihan Mohamad Yusri sebagai calon BN juga bukanlah sesuatu yang mengejutkan berikutan beliau telah menunjukkan gaya kepimpinan sejak daripada zaman sekolah.

“Ustaz Yusri juga datang dari keluarga yang mementingkan agama kerana bapanya juga seorang ustaz. Saya bangga dan percaya beliau mempunyai kredibiliti untuk memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Kami tidak terkejut bila namanya diumumkan. Memang dari dulu nampak ciri-ciri pemimpin sudah wujud di dalam dirinya. Bagi saya dia layak untuk menjadi wakil rakyat bagi kawasan Ayer Kuning.

“Kami sampai sekarang masih berhubung dan menjadi tempat rapat. Setiap kali raya, saya akan cari rumah untuk berkumpul dan Ustaz Yusri antara rumah yang akan saya datang,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan susulan kematian Ishsam akibat serangan jantung pada 22 Februari, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April ini, manakala pengundian awal akan diadakan pada 22 April.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16