Usaha naik taraf Lapangan Terbang Miri sangat diperlukan – Lee Kim

MIRI – Usaha menaik taraf kapasiti Lapangan Terbang Miri sangat diperlukan untuk meningkatkan kapasiti terminal.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin, keperluan menaik taraf Lapangan Terbang Miri sejak 2017.

“Usaha tersebut sudah lama diperjuangkan untuk memenuhi keperluan penumpangan yang semakin meningkat,” kata beliau.

Tambah beliau, keperluan tersebut semakin mendesak yang memerlukan untuk memperluas terminal disebabkan kapasiti tidak mencukupi.

“Lapangan Terbang Miri hanya mampu menampung 2 juta penumpang setahun, namun jumlah penumpang bertambah 2.5 juta pada 2019,” jelas beliau.

Oleh itu, beliau mencadangkan pembesaran kapasiti Lapangan Terbang Miri kepada empat juta penumpang setahun.

“Saya berharap kemudahan lain seperti ‘Aerobrigdes’ dan ruang ‘check-in’ turut ditambah baik,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada media berkenaan kelulusan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Miri pada Ahad.

Sementara itu, Lee Kim berkata Kementerian Pengangkutan Sarawak akan bekerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) persekutuan dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk melancarkan projek pembesaran Lapangan Terbang Miri.

“Jumlah diperlukan untuk naik taraf lapangan terbang Miri adalah RM150 juta dan jangkaan projek tersebut dalam masa dua tahun,” jelas beliau.

Beliau menambah projek ini sangat penting memandangkan Miri semakin berkembang sebagai pusat pelancongan terutama dua Tapak Warisan Dunia (Unesco) iaitu Taman Negara Mulu dan Gua Niah menjadi tarikan utama pelancong.

Related Posts

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

MIRI – Pelaksanaan program pembangunan usahawan menunjukkan impak positif yang memberangsangkan apabila pesertanya berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan menjana nilai jualan sebanyak RM73 juta. Kejayaan tersebut turut menarik perhatian SCPB Bank…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

MUAR – Usaha berterusan kerajaan dalam menangani isu banjir terus diperkukuh menerusi pemantauan rapi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Muar Fasa 3 Pakej 1 yang kini sedang giat dilaksanakan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

Hospital utama Johor Barat terima RM1.8 juta naik taraf infrastruktur

Hospital utama Johor Barat terima RM1.8 juta naik taraf infrastruktur

Kebakaran awal pagi musnahkan 30 rumah di Kg Karamunting

Kebakaran awal pagi musnahkan 30 rumah di Kg Karamunting

PSG atasi Bayern di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara

PSG atasi Bayern di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan