Sultan Kelantan titah kerajaan negeri tingkat prasarana, pembangunan atlet

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menitahkan kerajaan negeri supaya mengambil pendekatan serius dalam meningkatkan prasarana dan pembangunan atlet di negeri itu.

Titah baginda, usaha itu sebagai persiapan Kelantan mendepani dan bersiap saga sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) pada 2028.

“Harapan beta sebagai tuan tumah Sukma akan datang, Kelantan mampu memberi saingan kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

“Beta juga menyarankan agar sukan dilihat sebagai satu sumber janaan ekonomi baharu kepada Kelantan melalui penganjuran sukan rekreasi dan bersifat pelancongan sukan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Penghormatan Kebesaran Kelantan Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-55 di Istana Balai Besar, di sini.

Pada masa sama, baginda turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang mahu memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa daripada 2.4 kilometer (km) kepada 2.8 km.

Baginda berkata, langkah itu adalah satu usaha dalam menjadikan LTSIP sebagai sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa.

“Selain itu ia meningkatkan infrastruktur pengangkutan negara kita.

“Pada masa sama, jaringan pengangkutan darat turut memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Sukacita beta menyeru agar projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa Tiga (LPT3) dapat dipercepatkan pelaksanaannya,” titah baginda.

Baginda turut berharap Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh insentif pengecualian cukai di Kelantan selama 15 tahun lagi.

Titah baginda, penambahan tempoh insentif berkenaan akan memberikan ruang yang lebih luas untuk pelaburan baharu memanfaatkan inisiatif pembangunan yang sedang berlangsung.

“Pada masa sama ia memastikan keiayaan serta kelestarian projek peoiek berkenaan dalam jangka masa panjang,” titah baginda.

Sultan Kelantan turut berharap kerajaan negeri dan Persekutuan dapat berusaha meningkatkan peluang penerokaan tenaga.

“la seperti hidrogen,pembangunan unsur nadir bumi dan tenaga solar yang mampu menjana sumber ekonomi baharu di negeri ini.

“Sebagaimana tahun sebelum ini, beta ingin menarik perhatian seluruh rakyat Kelantan agar sentiasa berwaspada dan bersiap siaga menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda.

“Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini, risiko berlakunya banjir di kawasan tertentu adalah tinggi.

“Beta menyeru agar semua rakyat peka dan sentiasa mengikuti perkembangan dan amaran cuaca yang dikeluarkan pihak berkuasa agar persiapan awal dapat dibuat bagi mengelak sebarang kejadian tidak dingini berlaku,” titah baginda.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis